Panduan memilih syarikat lori sewa ( bahagian 2 )
...sambungan dari (Bahagian 1)
3. Pastikan ada BUKTI PERBUALAN atau BUKTI PERJANJIAN.
Sudah menjadi kebiasaan, apabila seseorang itu ingin berurusan, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah dengan membuat panggilan telefon kepada syarikat yang berkenaan. Sama ada sekadar bertanyakan harga atau ingin membuat tempahan, panggilan telefon adalah salah satu pilihan yang cepat dan mudah.
Tetapi HATI-HATI !! Pelanggan-pelanggan kami yang mengadu pernah "ditipu" oleh pengusaha lori sewa, kebanyakan dari mereka hanya berurusan melalui panggilan telefon sahaja, atau istilah lainnya sekadar "janji mulut".
Tidak salah membuat panggilan telefon sekiranya ingin mendapatkan kepastian sama ada syarikat berkenaan benar-benar wujud atau sudah tidak beroperasi.
Tetapi selepas membuat panggilan, teruskan berurusan melalui khidmat pesanan ringkas SMS, aplikasi Whatsapp, atau email.
Tujuannya adalah bagi mendapatkan bukti perbualan dan perjanjian bertulis antara kedua-dua belah pihak.
Jarang sekali ada pelanggan atau pengusaha lori yang boleh mengingati secara tepat setiap perbualan mereka selepas membuat panggilan telefon.
Jangan terkejut jika kami katakan ini adalah salah satu PERMAINAN sesetengah pengusaha lori sewa yang ingin mengambil peluang atas "kesilapan" pelanggan.
Contoh kes yang pernah kami dengar dari pelanggan yang pernah "terkena" ialah, pengusaha berkenaan akan memberikan harga ANGGARAN sahaja dan penerangan yang diberikan samar-samar dan tidak menyeluruh.
Pengusaha lori tersebut hanya memberikan harga yang paling BASIC tanpa memberikan penerangan secara terperinci berkenaan saiz lori, muatan barang, jenis rumah, jenis barang samada barang mudah rosak atau pecah, jarak di antara ruang loading/ unloading dengan rumah, rumah mempunyai khidmat security atau tidak, adakah perlu memohon permit atau tidak, adakah pelanggan ingin menambah perkhidmatan tambahan seperti khidmat membungkus, membalut perabot (wrapping), khidmat buka/ pasang perabot dan lain-lain.
Soalan-soalan di atas SENGAJA tidak ditanya bertujuan untuk MEMINIMUMkan harga. Apa akan terjadi sekiranya pengusaha bertanyakan soalan-soalan tersebut..?? Sudah tentu harga perkhidmatan akan menjadi lebih mahal dan pelanggan tidak akan memberikan jawapan segera sama ada SETUJU atau TIDAK.
Jika ini berlaku, ada kemungkinan pengusaha itu akan kehilangan pelanggan tersebut.
Dengan memberikan harga MURAH, pengusaha lori dapat "mengikat" pelanggan tersebut dan pelanggan tidak lagi bertanyakan harga pada mana-mana pengusaha lori sewa yang lain
Inilah PERMAINAN atau trick biasa yang digunakan sesetangah pengusaha lori yang tidak bertanggungjawab.
Semasa lori sampai di rumah pelanggan, "drama" akan bermula. Harga yang pada asalnya murah, tiba-tiba menjadi mahal, alasan yang biasa diberikan oleh mereka ialah, pelanggan tidak memaklumkan secara tepat maklumat berkenaan barang-barang, jenis rumah dan lain-lain.
Kadang kala harga yang dinaikkan berlipat kali ganda dan tidak masuk akal.
Berbeza dengan Izzat Lori Sewa, kami akan guide pelanggan semasa proses pengiraan harga. Maklumat tepat akan diminta dari pelanggan. Sebagaimana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat lori sewa yang JUJUR, kami juga mengutamakan pelanggan yang dapat memberikan kerjasama dan maklumat yang tepat dan JUJUR.
Pihak kami juga ada menyediakan sebut harga, invoice, booking details, resit dan dokumen-dokumen yang berkaitan jika diperlukan oleh pelanggan.
Kebiasaannya urusan tempahan dan proses pemindahan berjalan lancar disebabkan oleh kerjasama yang baik diberikan oleh pelanggan sejak dari awal lagi.
Tip paling penting dari kami, selain maklumat lengkap, cara terbaik untuk mengira harga dan menentukan saiz lori ialah dengan menghantar GAMBAR BARANG-BARANG.
Kemudian, selepas maklumat dan gambar barang diberi, pelanggan perlu meminta pengusaha tersebut menentukan sendiri saiz lori. BUKAN PELANGGAN.
Melainkan pelanggan tersebut mahir berkenaan ruang dan cara susunan barang dalam lori, pelanggan sendiri boleh tentukan saiz lori jika mahir.
Tetapi jika pelanggan tidak mahir, serahkan sahaja pada pengusaha lori tersebut yang menentukan saiz lori, seterusnya mengira harga manpower dan lain-lain kos tambahan.
Setelah mendapatkan harga dan pelanggan setuju dengan harga tersebut, segeralah membuat tempahan. Elakkan menempah lori disaat akhir atau terlalu hampir dengan hari pindah.
Semasa lori tiba di rumah pelanggan pada hari pindah, pelanggan tidak perlu risau tentang harga yang kemungkinan akan "bertambah" seperti kisah-kisah penipuan yang viral di fb dan ig.
Selagi maklumat yang diberikan sama dan tiada penambahan barang, pelanggan hanya perlu membayar jumlah harga yang telah dipersetujui sahaja.
Jika ruang dan saiz lori yang dipersetujui adalah 1 tan, pelanggan tidak perlu risau jika pengusaha tersebut membawa lori yang lebih besar contohnya 3 atau 5 tan
Katakan saja pada pemandu lori tersebut, anda tidak kisah dia mahu bawa lori 3 tan, 5 tan, atau 10 tan sekalipun. Anda hanya akan membayar untuk muatan lori 1 tan sahaja kerana maklumat yang anda berikan tepat dan pengusaha sendiri yang meletakkan harga tersebut dan menentukan saiz lori. Jadi pengusaha yang perlu bertanggungjawab jika ada kesilapan dari pihaknya.
Bersambung ke (Bahagian 3) ...

Comments