top of page

Perkhidmatan lori sewa terbaik

Kepada para pelanggan yang ingin menempah perkhidmatan lori sewa dari kami, anda diminta mengikuti langkah-langkah mudah bagi melancarkan urusan tempahan, dan pengiraan harga.


Antara maklumat penting yang harus dihantar kepada kami ialah :


a) Nama

b) Alamat lokasi (pick up / drop off)

c) Jenis rumah (tangga / lift / landed house)

d) Tarikh pindah

e) Gambar barang-barang *


Ramai diantara pelanggan kami yang mempersoalkan mengapa perlu menghantar gambar barang-barang?? Adakah gambar barang-barang yang menentukan jumlah harga sewa lori? Ada segelintir pelanggan kami yang mempersoalkan permintaan kami itu. "ala.. barang-barang besar tak banyak pun. Tak payah la gambar" ada pula yang menganggap perkara itu menyusahkan mereka, "ala.. sewa lori je pun.. nak bergambar-gambar bagai.."


Memandangkan isu "gambar" ni seringkali menjadi masalah besar kepada pelanggan kami, jadi di sini saya ingin menerangkan betapa pentingnya kami memerlukan maklumat-maklumat yang dinyatakan sebentar tadi. Terutamanya GAMBAR barang-barang.


Sebelum ini pernahkah anda melihat syarikat-syarikat "mover" professional menjalankan tugas mereka?? Apakah perkara pertama yang mereka lakukan sebelum menerima tempahan?? Ya, mereka akan mengambil maklumat penuh dari pelanggan mereka dahulu. Dan mereka akan pergi sendiri ke lokasi yang dinyatakan untuk melihat sendiri barang-barang yang ingin dipindah ke lokasi baru. Kemudian barulah mereka menentukan harga keseluruhan perkhidmatan mereka. Harga yang akan dikira termasuklah harga lori, manpower, kotak, peralatan-peralatan membalut perabot, perkhidmatan membuka dan memasang perabot dan lain-lain.


Perkhidmatan yang ditawarkan tersangatlah detail dan pelanggan tidak perlu melakukan apa-apa. Selesai sahaja tugas mereka, pelanggan hanya perlu membayar sejumlah harga yang telah dipersetujui. Tapi harus diingat, perkhidmatan sebegini memerlukan pelanggan memperuntukkan sejumlah wang yang tinggi kerana perkhidmatan yang ditawarkan ini tidak memerlukan pelanggan melakukan "tugasan" walau sedikit pun.


Semuanya akan diuruskan oleh pihak mereka dari A sampai Z dan pelanggan dilayan seperti VVIP. Ada juga syarikat yang memberi pakej percutian ke lokasi-lokasi menarik. Sementara menunggu proses memindahkan barang selesai, pelanggan boleh bercuti bersama keluarga, dan bila pulang ke rumah baru, barang-barang telah pun selesai dipindahkan. Menarik bukan?? Tetapi.. kos untuk perkhidmatan VVIP seperti ini boleh mencecah ribuan ringgit. Sanggupkah anda?


Jika sanggup dan anda mempunyai sejumlah wang yang banyak, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan ini. Tetapi, jika anda tidak mempunyai budget yang tinggi, kami ada jalan penyelesaiannya. Nak tahu?? Teruskan membaca penerangan di bawah. :)


Kami di IZZATLORISEWA menyediakan perkhidmatan lori sewa murah yang berpatutan mengikut budget serta kemampuan kewangan pelanggan kami. Sebelum kami mengira harga servis serta mengurangkan kos anda, kami memerlukan kerjasama dari pihak pelanggan untuk melancarkan proses pemindahan.


Antara yang kami perlukan ialah GAMBAR barang-barang seperti yang dinyatakan tadi. Mengapa perlunya gambar barang-barang?? Penting ke?


Ok, begini. Untuk pengetahuan para pelanggan kami yang dihormati dan disayangi. Dalam masa sehari, kami akan membuka 3 slot kepada pelanggan kami. Iaitu slot pagi, petang dan malam. Setiap slot yang dibuka itu hanya memperuntukkan 3 hingga 4 jam sahaja. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan menempah slot pagi, waktu yang akan digunakan untuk proses pemindahan ialah pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.


Saya andaikan pelanggan ini berpindah dalam kawasan kL dan jenis rumah ialah apartment ke condo. 4 jam tempoh penggunaan lori ini adalah tempoh biasa yang digunakan untuk lori 1 atau 2 tan.


Jadi disini, gambar yang diminta semasa proses tempahan memainkan peranan penting bagi kami untuk menguruskan "masa" antara slot pertama dan slot kedua. Sekiranya barang yang hendak dipindahkan itu terlalu banyak, mungkin kami akan melewatkan sedikit tempahan untuk slot yang kedua. Sekiranhya slot kedua ialah pukul 2 petang, mungkin kami akan lewatkan ke pukul 3 petang.


Ada juga kes dimana gambar yang diberi tidak sama seperti yang kami pindahkan semasa hari pemindahan. Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya situasi sebegini berlaku?? Bayangkan proses pemindahan bermula jam 9 pagi. Krew IZZATLORISEWA biasanya akan sampai 15 minit awal sebelum waktu pindah. Dan apabila pihak kami sampai, pelanggan menunjukkan barang-barang yang hendak dibawa. Tetapi tidak sama seperti yang dinyatakan semasa proses tempahan.



Bayangkan semasa proses tempahan kami telah menetapkan tempoh pemindahan mampu selesai dalam tempoh masa 4 jam berdasarkan gambar barang-barang yang telah dihantar. Tempahan yang seterusnya kami tetapkan pada 30 minit selepas slot pertama selesai.


Katakanlah proses pindah selesai pukul 1 tengah hari. Slot tempahan seterusnya ialah pukul 2 petang. Tetapi apa yang akan jadi sekiranya barang-barang yang dinyatakan tidak sama? Ya, jadual untuk slot seterusnya akan terganggu. Mungkin akan ada kelewatan.


Krew kami juga mungkin akan bekerja dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengejar masa. Apa pula yang akan terjadi sekiranya proses pemindahan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa? Ya, mungkin akan berlakunya kecederaan, kerosakan barang, kerosakan lift atau kemudahan-kemudahan lain di dalam kawasan apartment atau condominium. Dan sekiranya terdapat kerosakan dalam kawasan perumahan, pelanggan perlu membayar ganti rugi kepada pihak pengurusan perumahan berkenaan. Mungkin juga pihak pengurusan tidak memulangkan deposit yang telah dibayar oleh pelanggan.


Terdapat beberapa lagi kepentingan gambar barang-barang dalam proses mengumpul maklumat. Antaranya ialah melalui gambar yang dihantar, pihak kami dapat menganggarkan saiz lori mana yang sesuai untuk digunakan semasa proses pemindahan. Adakah saiz lori 1 tan, 2 tan atau 3 tan.


Seperti yang kita sedia maklum, perabot rumah biasanya mempunyai pelbagai saiz, contohnya almari. Ada almari yang bersaiz besar, ada yang bersaiz sederhana, dan ada yang bersaiz kecil. Sekiranya pelanggan hanya memberi senarai barang-barang sahaja, pihak kami tidak dapat memberi anggaran yang tepat, lori saiz apa yang sesuai untuk kegunaan pemidahan barang-barang tersebut.


Mungkin pelangan memberi senarai barang yang banyak, tetapi saiz barang2 adalah kecil. Dalam masa yang sama lori yang ditempah ialah lori bersaiz 3 tan. Apakah yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan sekiranya situasi begini berlaku?? Ya, pelanggan terpaksa membayar harga yang mahal iaitu harga lori 3 tan, walhal barang-barang yang hendak dipindahkan muat untuk lori 1 tan.


Terdapat juga kes dimana pelanggan hanya menyatakan barang-barang besar sahaja. Tetapi barang-barang yang kecil tidak dinyatakan. "Ala.. barang-barang besar tak banyak. Yang banyak barang-barang kecil je" Rumah pula jenis bertangga tanpa lift. Tingkat 4.


Tahukah anda, dalam situasi sebegini, barang-barang besar tidak menjadi masalah pada kami. Yang bakal memberi kesan ialah BARANG-BARANG KECIL. Bayangkan sekiranya anda mempunyai 50 kotak yang berisi pakaian dan buku-buku, ini bermakna pekerja yang ditugaskan untuk mengangkat barang memerlukan tenaga yang banyak untuk menaiki dan menuruni tangga.


Sekiranya 50 barang bermaksud 50 naik, dan 50 turun. Jika anda hanya menyatakan barang besar tidak banyak sudah tentu kami akan mengurangkan harga pekerja kami. Dan bayaran yang diterima oleh pekerja kami berbaloi dengan barang-barang yang dibawa. Tetapi lain pula ceritanya apabila mereka sampai di lokasi, jumlah barang yang dinyatakan tidak sama seperti yang diberitahu semasa proses tempahan. Mereka terpaksa mengerah tenaga yang lebih untuk bayaran yang tidak setimpal untuk mereka.


Diharapkan dengan penerangan yang panjang lebar di atas dapat menjawab segala persoalan yang bermain difikiran para pelanggan kami. Dan kami juga berharap para pelanggan kami memahami situasi yang diterangkan di atas dan memberi kerjasama sekiranya diminta menghatar maklumat-maklumat penuh semasa proses tempahan.


 

Izzat lori sewa berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam menguruskan kerja-kerja pemindahan rumah, barang-barang industri, dan lain-lain.


Antara kawasan-kawasan yang berada dalam "cover area" kami ialah, lori sewa kawasan cheras, lori sewa kajang, lori sewa putrajaya, lori sewa shah alam, lori sewa klang, lori sewa petaling jaya, lori sewa shah alam, lori sewa cyberjaya, lori sewa kl ke jb, lori sewa kl ke penang, lori sewa kl ke seremban, lori sewa sungai buloh, lori sewa segambut, lori sewa kepong, lori sewa bangi, lori sewa semenyih, lori sewa sungai besi, lori sewa kl ke melaka, lori sewa kuala lumpur ke jb, lori sewa kuala lumpur ke penang, lori sewa kl ke ipoh, lori sewa kl ke kedah, lori sewa kl ke perlis, lori sewa kuala lumpur ke seremban, lori sewa sepang, lori sewa rawang, lori sewa selayang, lori sewa batu caves, lori sewa gombak, lori sewa kl ke kelantan, lori sewa kelantan ke kl, lori sewa kl ke pantai timur, lori sewa ikea, lori sewa kL ke terengganu, lori sewa kl ke kota bharu, lori sewa kl ke kemaman, lori sewa kl ke dungun, lori sewa kl ke kerteh, lori sewa kl ke machang, lori sewa kl ke kuala krai, lori sewa shah alam seksyen 11, lori sewa shah alam seksyen, lori sewa alam damai, lori sewa jalan kebun, lori sewa setia alam, lori sewa port klang, lori sewa petaling jaya, lori sewa keramat.







Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
bottom of page