top of page

Tempahan lori sewa (bhg 1)

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENEMPAH LORI SEWA

Tempahan lori sewa

Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa, ada beberapa perkara penting yang juga merupakan persediaan awal yang perlu dititikberatkan sebelum membuat tempahan.


Pelanggan dinasihatkan membuat perbandingan harga sebelum membuat keputusan untuk memilih syarikat lori sewa. Terdapat beribu syarikat lori sewa yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang memberi harga berpatutan serta servis terbaik dan ada juga yang mengenakan cas yang mahal dan mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi pelanggan.


Di bawah merupakan tip-tip penting bagi pelanggan yang pertama kali ingin menggunakan perkhidmatan lori sewa.



  • Membuat perancangan awal - Kebiasaannya ramai diantara pelanggan kami mengambil keputusan untuk mencari lori sewa di saat akhir. Sebenarnya ini adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana sukar bagi seseorang itu membuat pemilihan tepat kerana ruang masa yang sangat singkat. Sekiranya ia dilakukan awal, pelanggan dapat membuat perbandingan harga antara syarikat-syarikat lori sewa yang telah di hubungi.


  • Mengumpul data - Sebelum menghubungi pengusaha lori sewa, ada beberapa perkara yang pelanggan perlu sediakan. Antaranya ialah alamat penuh kedua-dua lokasi , jenis rumah sama ada rumah bawah (landed house) , lift atau tangga tanpa lift. Gambar barang-barang dan juga maklumat tambahan lain seperti extra drop / pick up atau membuka perabot serta peralatan elektrik dan elektronik.

  • Pilih waktu yang sesuai - Ramai yang tidak mengetahui bahawa perkhidmatan lori sewa ada musim-musimnya. Seperti mana yang kita tahu, lori bukanlah seperti teksi. Jumlah teksi jika dibandingkan dengan lori amat jauh berbeza. Jadi tidak hairanlah perkhidmatan lori sewa perlu ditempah kerana jumlahnya yang agak terhad. Berbeza dengan teksi, pelanggan boleh menghubungi bila-bila masa sahaja waimah tengah malam sekalipun. Untuk tempahan lori, waktu yang paling sesuai untuk membuat tempahan ialah pada pertengahan bulan, Ini kerana pada waktu itu jadual agak lengang jika dibandingkan dengan awal bulan dan hujung bulan. Tidak mustahil jika ada sesetengah pengusaha yang meletakkan harga "cekik darah" setiap kali hujung bulan. Ini kerana permintaan yang agak tinggi pada masa itu.


  • Membuat tinjauan di rumah baru - Ini juga merupakan perkara penting yang perlu di lakukan oleh pelanggan sebelum membuat tempahan. Pelanggan boleh membuat sedikit "homework" dengan meninjau kawasan rumah baru yang bakal diduduki oleh mereka. Antara yang perlu diambil perhatian ialah waktu pemindahan yang dibenarkan oleh pihak management (kebisaannya Isnin - Jumaat , 9 pagi hingga 5 petang sahaja, Sabtu 9 pagi hingga 1 tengah hari, Ahad, public holiday atau selepas waktu pejabat dilarang sama sekali dan lori tidak dibenarkan masuk), keadaan loading bay sama ada jauh atau dekat dengan lift atau di bahagian balkoni rumah samada pintu rumah jauh atau hampir dengan lift juga harus diambil kira. Rumah jenis tangga tanpa lift juga boleh menyebabkan harga sewa meningkat. Pelanggan perlu memaklumkan pada pengusaha lori berkenaan tentang keadaan rumah lama dan rumah baru mereka supaya mudah bagi pengusaha tersebut meletakkan harga yang berpatutan mengikut maklumat yang diberi.

bersambung ..

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
bottom of page